Bagaimana untuk berjaya didalam online business?
Pertama sekali ingin kami tekankan disini bahawa, tiada jalan mudah atau secret tools untuk berjaya. Atau kata lain tiada jalan pintas untuk naik keatas. Semuanya bermula dari bawah.
Dengan bermula dari bawah, anda akan tahu selok belok perniagaan secara online. Setiap percubaan pasti ada sedikit kegagalan, dan kegagalan tersebut yang akan bantu anda untuk lebih resist didalam perniagana online yang amat mencabar.
Kenapa ia diakatakan mencabar? Information overload sudah pasti, melengah lengahkan kerja pun terjadi, dan ada juga yang terjebak dengan program internet bukannya perniagaan internet. Program internet adalah berbeza dengan perniagaan internet. Kebanyakkan program internet adalah untuk jangka pendek dan kadang kadang ia hanyalah memberi harapan tinggi kepada pelanggan. Tetapi hasilnya?….
Perniagaan internet adalah untuk jangka masa panjang. Anda perlu mempunyai 1 matlamat kukuh dan goal setting yang tepat dengan kebolehan anda. $$$ sudah semestinya menjadi matlamat, tetapi apakah matlamat yang utama? Contohnya seperti si Halim berkata: ” Saya hendak menjadi seorang copywriter salesletter yang berjaya dalam tempoh 3 bulan melalui cara pembelajaran dan menyediakan servis kepada pelanggan”.
Jadi Konsep untuk berjaya adalah:
- 1. Tetapkan Matlamat dalam tempoh tertentu
2. Pilih bidang yang anda mampu atau ingin kuasai
3. Jangan berlengah – lengah atau Procrastination jika didalam English.
4. Ambil Tindakan segera dan lihat semula matlamat. Sudah tercapai belum dalam masa yang ditetapkan.
Lakukan perkara 3 dan 4 setiap hari pasti anda akan lebih produktif
Participate in the conversation by leaving your comment below.