Kerja Makan Gaji Atau Kerja Sendiri?

by MDZakri on February 4, 2010

If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!

Ramai pasti tertanya tanya mana lagi seronok samada kerja makan gaji atau kerja sendiri dan boleh ke kerja sendiri menjamin masa depan? Kalau di ikutkan hati pastilah kerja sendiri lagi seronok tetapi cukup tak simpanan anda untuk membuat pusingan modal sekurang kurangnya untuk setahun?

Kalau ada, teruskan kerja sendiri samada secara online ataupun offline. Jika tiada pusingan modal untuk setahun, jangan harap nak kerja sendiri.

Sebenarnya bagi pendapat saya, anda kerja makan gaji dan masih boleh kerja sendiri? Apa kerja sendiri yang saya maksudkan? Jika anda ingin kerja sendiri secara offline, anda gunakan kepakaran orang lain untuk menjayakannya. Anda jadi mastermind.

Contohnya anda ingin tanam serai peha ayam, Buat permulaan anda keluarkan modal untuk benih, tapak tanah, pagar dan sebagainya. Kemudian gunakan tenaga orang lain untuk menanam, menjaga dan membersihkan tanaman serai anda. Gunakan kepakaran orang yang tahu pasal penjagaan serai peha ayam. Upah pakar tadi untuk datang tengok seminggu sekali atau sebulan sekali untuk memastikan serai anda sihat, gemuk dan jauh dari penyakit.

Mudah bukan, ia adalah teknik leverage kepakaran dan tenaga orang lain. Anda juga berkeupayaan untuk menggunakan duit orang lain bagi permulaan kerja. Caranya anda boleh deal dengan tuan punya duit untuk melabur bagi tanaman serai peha ayam dan mereka duduk diam2 dan dapat katalah anda letak 50% dari keuntungan selepas tolak kos.Anda tidak rugi pun berkongsi 50% dari keuntungan ini.

Maka anda tidak perlu keluar duit lansung untuk beli benih, sewa tanah dan sebagainya. Jadi pada penggal kedua menanam serai anda dah ada modal untuk perbesarkan tanaman serai tersebut dan juga modal dari pelabur tadi.

Konsep ini sama juga bagi kerja online. Anda leverage usaha dan kepakaran orang lain untuk kerja2 yang memerlukan masa panjang contohnya, translate laporan BI-BM BM-BI, buka akaun social network untuk anda, post video, hantar artikel, hantar press release, dan bermcam lagi anda boleh buat.

Outsource kan perkara remeh seperti ini dan anda perlu berfikiran kehadapan serta anda jadi mastermind. Jadi anda masih boleh kerja makan gaji disamping itu membuat duit secara senyap tanpa pengetahuan orang lain.

Apa komen anda?

What do you think? Please comment below to tell me.

Post to Twitter

{ 2 comments… read them below or add one }

1 titan February 13, 2010 at 10:47 am

dua-dua. Itu yang aku tengah wat.

Siang, makan gaji.

Malam. Kerja sendiri..

Setakat ni, alhamdulillah..

2 MDZakri February 17, 2010 at 3:43 am

Ya itu yang sepatutnya Titan, nak harap 1 sumber sahaja bahaya. Kalau boleh jalan 2 sumber atau lebih itu memang cukup bagus.

Leave a Comment

Previous post:

Next post: